Assalamualaikum dan salam
sejahtera.
Dalam entri
ini, saya akan mengupaskan tentang refleksi kuliah minggu 3 yang diadakan pada
hari Rabu bersamaan 26 September 2018. Kuliah ini dikendalikan oleh Dr.
Norsofiah yang berlangsung selama 3 jam.
Pada mulanya,
Dr. Norsofiah bercakap tentang emosi iaitu seseorang yang dalam keadaan “marah”.
Beliau memberitahu bahawa marah itu ada tekniknya tersendiri. Seseorang itu
hanya boleh marah sekejap dan tidak perlu lama-lama. Hal ini kerana apabila
marah menebal dalam diri seseorang, maka ia akan menjadi dendam. Marah yang
diungkit juga lama-lama akan menjadi dendam. Oleh itu, buang lah perasaan marah
kerana perasaan tersebut hanya dapat menjauhkan seseorang dengan orang
lain.
Selain itu,
Dr. Norsofiah juga menerangkan tentang Kajian
Literature. Kemudian, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan selama 40 minit. Tugasan tersebut adalah
berdasarkan empat artikel yang diberikan oleh beliau. Melalui empat artikel
itu, kami disuruh untuk mengenalpasti beberapa aspek seperti nama pengarang,
tahun, objektif, kaedah, dapatan kajian, kelebihan, kekurangan dan kesimpula.
Setelah itu, hasil tugasan tersebut dibentangkan dalam kelas.
![]() |
Sumber: Google Image |
Akhir sekali,
Dr. Norsofiah juga telah memberi penerangan tentang pendekatan kualitatif dan
kuantitatif. Terdapat beberapa aspek penting dalam pendekatan kualitatif dan
kuantitatif. Hal ini dapat dilihat dalam jadual di bawah.
Pendekatan kualitatif
|
Pendekatan kuantitatif
|
1. Sejarah
2. Etnografi
3. Lapangan
|
1.Kuasi eksperimental
2. Eksperimen benar
3. Keratan rentas
4. Longitudinal
5. Tinjauan
|
Manakala akiviti
tutorial pula, kami diberi beberapa kuiz dalam talian iaitu dengan memasuki
laman sesawang https://edpuzzle.com/.
Setelah itu, kami perlu log masuk akaun google
untuk menyertai kuiz tersebut. Aktiviti kuiz ini bertujuan untuk melihat sejauh
mana tahap kefahaman para pelajar tentang pendekatan kajian kuantitatif.
Sebagai
rumusannya, aktiviti dalam kuliah dan tutorial yang dilakukan oleh para
pensyarah amat berkesan dan lebih menyeronokkan bagi saya.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan