Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri
blog ini ditulis bertujuan untuk menceritakan serba sedikit tentang aktiviti
yang dilakukan oleh para pelajar HMT411 ketika kuliah berlangsung pada hari
Rabu bersamaan 3 Oktober 2018. Kuliah ini dikelolakan oleh Dr. Norsofiah.
Dalam
kuliah tersebut, beliau telah menerangkan tentang statistik dalam kaedah
kuantitatif. Statistik terbahagi kepada dua bahagian iaitu statistik inferensi dan statistik
deskriptif.
i)
Statistik inferensi: Boleh membuat kesimpulan.
ii)
Statistik deskriptif: Digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah.
![]() |
Sumber: Google |
Dalam
kuliah ini, beliau lebih menfokuskan tentang statistik deskriptif. Statistik
deskriptif selalunya menggunakan istilah seperti min, mod, median, dan sisihan
piawai. Statistik deskriptif tidak boleh membuat generalisasi atau secara umum.
Selain itu, beliau juga menerangkan
tentang definisi-definisi data nominal, skala ordinal, skala selang dan skala
nisbah. Data Nominal merupakan data
yang tidak mempunyai nilai. Contohnya, 1 orang perempuan dan 2 orang lelaki
tidak menggambarkan nila. Skala ordinal pula
bermaksud mengkategorikan dan menyusun kategori mengikut urutan tertentu.
Contohnya, setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju. Seterusnya, skala selang
bermaksud mengkategori, menyusun kategori dan membina unit yang sama. Contohnya,
suhu. Akhir sekali, skala nisbah ialah mengkategori, menyusun kategori dan
mengandungi satu nilai sifat sebenar. Contohnya, skor.
Di akhir kuliah, kami diberikan beberapa soalan untuk
dijawab. Soalan tersebut berkaitan dengan statistik. Kami diberi beberapa minit
untuk menjawab soalan mengenai min, mod dan sisihan piawai. Kemudian, kami
dikehendaki untuk menghantar jawapan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan