Khamis, 20 September 2018

Refleksi Kuliah Minggu 2


Assalamualaikum dan salam sejantera.

Pada hari Rabu bersamaan 19 September 2018, pelajar HMT411 telah didedahkan dengan makna sebenar “PENYELIDIKAN”. Kuliah 2 ini dikelolakan oleh Dr. Norsofiah dari jam 12 tengah hari sehingga 3 petang. Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut, beliau telah mengadakan satu soalan kuiz atas talian untuk mengetahui tahap kefahaman para pelajar tentang makna “penyelidikan”. Menurut beliau, penyelidikan bermaksud ketidakpastian. Tambah beliau lagi, penyelidikan berlaku untuk membuktikan satu perkara apabila kita tidak pasti.

            Selain itu, beliau juga menerangkan tentang perbezaan antara kardah kuantitatif dengan kaedah kualitatif. Penerangan tentang kaedah kuantitatif dengan kaedah kualitatif membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kedua-dua kaedah tersebut.

            Akhir sekali, kami juga didedahkan dengan cara mencari tajuk dalam sesuatu artikel. Kami dibahagikan dalam kumpulan untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Kami diberikan satu artikel yang bertajuk “Lakuan Ilokusi Guru dalam Pengajaran Bahasa Melayu”. Kemudian, kami disuruh untuk mencari masalah, rumusan daripada sorotan kajian, kaedah kajian, dapatan kajian, objektif kajian dan kesimpulan dalam artikel tersebut. Kami diberikan masa 20 minit untuk berbincang dalam kumpulan dan menyempurnakan tugasan tersebut.

            Akhir kata, aktiviti dalam kuliah 2 telah memberi saya dan kawan-kawan banyak ilmu dan pengalaman kepada kami.

Sekian, terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan