Asslamualaikum
dan salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Pada hari Sabtu dan Ahad
bersamaan 15 dan 16 September 2018 telah berlangsungnya bengkel penulisan yang
dikendalikan oleh Dr. Radiah dan Dr. Norsofiah di Makmal Bahasa 1. Bengkel ini berlangsung
selama dua hari dari jam 9 pagi sehingga jam 5.30 petang.
Pada
hari pertama, bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Norsofiah. Beliau
telah mengajar tentang “Teknik Penulisan
Efisyen Mendeley & Microsoft Word”. Pendedahan tentang cara menggunakan
aplikasi Mendeley telah diajar oleh
beliau. Aplikasi Mendeley bertujuan
untuk memudahkan pelajar mendapatkan bahan bacaan ilmiah dari sumber yang betul
sebagai rujukan seperti artikel. Beliau juga telah mengajar saya dan
rakan-rakan langkah-langkah untuk
menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, aplikasi Mendeley juga memudahkan pelajar untuk membuat rujukan dengan mudah
dan cepat.
Seterusnya,
Dr. Norsofiah juga turut mengajar saya dan rakan-rakan cara membuat tugasan
dengan mudah dan cepat menggunakan Microsoft
Word. Beliau telah mengajar kami tentang cara membuat tugasan seperti esei
dengan hanya menekan “create new style” untuk
menulis tajuk, membuat abstrak, membuat jadual dan sebagainya dengan cara yang
mudah dan cepat. Pada masa yang sama, dengan menekan “search navigation”, kami dapat mencari sesuatu tajuk atau perkataan
dengan cepat. Hal ini dapat menjimatkan masa kami tanpa perlu mencari perkataan
itu satu persatu.
Secara
ringkasannya, saya amat berpuas hati dengan bengkel yang dikendalikan oleh Dr.
Norsofiah kerana beliau mendedahkan pelbagai ilmu yang tidak pernah saya
pelajari selama ini. Ilmu yang diajarkan oleh beliau sangat berguna untuk saya dan
rakan-rakan praktikkannya dalam membuat tugasan dan untuk kemudian hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan