Rabu, 12 September 2018

Refleksi: Aktiviti Pengajaran- Pembelajaran Kuliah Pertama (12 September 2018)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

            Saya berbesar hati ingin menceritakan tentang kuliah yang pertama bagi kursus HMT411 yang berlangsung pada hari ini iaitu 12 September 2018 selama tiga jam. Para pengajar yang terlibat dalam kelas tersebut ialah Dr. Odi dan Dr. Norsofiah. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan semasa kelas itu berlangsung.

            Aktiviti yang pertama ialah kuiz. Soalan yang diberikan dalam kuiz tersebut adalah hasil daripada tajuk pertama yang diberikan semasa cuti iaitu ‘Pengenalan Diri’. Kuiz ini diadakan untuk memastikan para pelajar lebih peka tentang keadaan sekeliling dan orang lain. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjawab soalan kuiz tersebut menggunakan telefon pintar masing-masing. Kemudian, para pemenang dalam kuiz tersebut diberikan hadiah oleh Dr. Odi.

            Selain itu, aktiviti yang kedua ialah dalam kumpulan yang sama, kami diberitahu untuk melakukan satu temu bual. Dalam temu bual tersebut, terdapat subjek iaitu orang yang ditemu bual, dua orang pencatat dan satu orang yang merakam video. Aktiviti ini dilakukan bertujuan agar para pelajar dapat mengaplikasikan apa yang diajar oleh para pensyarah seperti adab dalam menemu bual. Contohnya, sebelum aktiviti temu bual dijalankan, orang yang ingin bertanya mestilah mendapat izin daripada subjek iaitu orang yang hendak ditemu bual.

            Aktiviti seterusnya ialah dalam kumpulan yang sama, kami diberitahu untuk membincangkan tentang satu artikel yang bertajuk ‘Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif’. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu maklumat yang tepat dan padat dalam bentuk infografik.  

            Akhir sekali, pensyarah turut menyatakan tentang perbandingan antara kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.

Sekian, terima kasih.

(Pelajar HMT411)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan