Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Saya akan menyambung cerita saya tentang hari kedua
bengkel penulisan. Pada hari kedua iaitu hari Ahad bersamaan 16 September 2018,
bengkel penulisan ini pula dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Radiah. Beliau
telah berkongsi banyak ilmu kepada kami.
Beliau
telah mengajar kami tentang cara-cara menggunakan aplikasi Google Site. Dengan aplikasi Google
Site, kami dapat mencipta satu padlet
dengan mudah. Aplikasi Google Site juga
dapat membantu kami untuk menjadi pelajar yang lebih kreatif. Aplikasi ini juga
dapat membantu kami membuat tugasan dengan mudah.
Selain
itu, beliau juga telah mengajar kami dalam membuat suntingan sesuatu teks. Kami
diberi beberapa tugasan untuk membuat suntingan. Bagi saya, proses membuat
suntingan sedikit susah kerana perlukan sumber yang betul dan tepat seperti
sumber rujukan dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).
Secara
ringkasnya, saya sangat berpuas hati dengan bengkel penulisan yang diadakan
selama dua hari ini. Hal ini kerana banyak ilmu yang dikongsi oleh Dr.
Norsofiah dan Dr. Radiah tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Setiap ilmu
yang didedahkan oleh pensyarah amatlah berguna untuk saya aplikasikannya pada
masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan