Assalamualaikum dan
salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Pertama sekali saya ingin
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
menulis blog pada hari ini iaitu 12 September 2018 yang bertajuk “Refleksi
rangka kursus”.
Pada pendapat saya,
rangka kursus bagi Teori dan Kaedah dalam Penyelidikan Linguistik yang
diberikan oleh para pensyarah sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan kerana
kami boleh mengetahui serba sedikit tentang sinopsis kursus, tujuan kursus,
perancangan kursus dan hasil pembelajaran bagi kursus tersebut.
Selain itu, para
pensyarah juga turut melakukan aktiviti sampingan dalam kelas Teori dan Kaedah
dalam Penyelidikan Linguistik seperti kuiz dan sebagainya. Aktiviti seperti ini
dapat menarik minat para pelajar supaya tidak merasa bosan ketika pengajaran
berlangsung.
Saya amat berpuas hati
dengan aktiviti yang dilakukan oleh para pensyarah semasa kelas berlangsung
selama tiga jam. Saya berharap agar saya dan rakan-rakan dapat menerapkan apa
yang diajar oleh para pensyarah untuk kegunaan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
(Pelajar HMT411)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan