Jumaat, 28 September 2018

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam entri ini, saya akan mengupaskan tentang refleksi kuliah minggu 3 yang diadakan pada hari Rabu bersamaan 26 September 2018. Kuliah ini dikendalikan oleh Dr. Norsofiah yang berlangsung selama 3 jam.

Pada mulanya, Dr. Norsofiah bercakap tentang emosi iaitu seseorang yang dalam keadaan “marah”. Beliau memberitahu bahawa marah itu ada tekniknya tersendiri. Seseorang itu hanya boleh marah sekejap dan tidak perlu lama-lama. Hal ini kerana apabila marah menebal dalam diri seseorang, maka ia akan menjadi dendam. Marah yang diungkit juga lama-lama akan menjadi dendam. Oleh itu, buang lah perasaan marah kerana perasaan tersebut hanya dapat menjauhkan seseorang dengan orang lain. 

Selain itu, Dr. Norsofiah juga menerangkan tentang Kajian Literature. Kemudian, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan selama 40 minit. Tugasan tersebut adalah berdasarkan empat artikel yang diberikan oleh beliau. Melalui empat artikel itu, kami disuruh untuk mengenalpasti beberapa aspek seperti nama pengarang, tahun, objektif, kaedah, dapatan kajian, kelebihan, kekurangan dan kesimpula. Setelah itu, hasil tugasan tersebut dibentangkan dalam kelas.

Sumber: Google Image
Akhir sekali, Dr. Norsofiah juga telah memberi penerangan tentang pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Terdapat beberapa aspek penting dalam pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Hal ini dapat dilihat dalam jadual di bawah.                                                                                                                                                                                
Pendekatan kualitatif
Pendekatan kuantitatif

1. Sejarah
2. Etnografi
3. Lapangan

1.Kuasi eksperimental
2. Eksperimen benar   
3. Keratan rentas
4. Longitudinal
5. Tinjauan


Manakala akiviti tutorial pula, kami diberi beberapa kuiz dalam talian iaitu dengan memasuki laman sesawang https://edpuzzle.com/. Setelah itu, kami perlu log masuk akaun google untuk menyertai kuiz tersebut. Aktiviti kuiz ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman para pelajar tentang pendekatan kajian kuantitatif.

Sebagai rumusannya, aktiviti dalam kuliah dan tutorial yang dilakukan oleh para pensyarah amat berkesan dan lebih menyeronokkan bagi saya.

Sekian, terima kasih.

INFOGRAFIK ARTIKEL "CETUSAN PENULIS WANITA LAHIRKAN IWP" OLEH NISAH HARUN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

        Entri ini adalah tentang artikel yang ditulis oleh Pn. Nisah Haron. Artikel tersebut bertajuk "Cetusan Penulis Wanita Lahirkan IWP". 

           Saya memilih artikel ini kerana artikel ini membuka mata kepada saya bahawa wanita juga dapat berjaya dengan hasil usaha sendiri. Seseorang wanita itu akan dikagumi oleh orang ramai kerana dapat menghasilkan idea yang bernas walaupun hanya menjadi seorang penulis. 



Sekian, Terima Kasih.



INFOGRAFIK CERPEN "LEMANG NAN SEBATANG" OLEH NISAH HARON.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

              Saya menulis entri ini adalah bertujuan untuk berkongsi serba sedikit tentang elemen-elemen yang diperkatakan oleh Jais Sahok dalam cerpen Pn. Nisah Haron. Elemen-elemen tersebut boleh didapati pada laman sesawang https://jaissahok.blogspot.com/2011/10/elemen-elemen-cerpen.html?m=1.

              Cerpen Pn. Nisah Haron yang saya kaji ialah "Lemang Nan Sebatang". Elemen-elemen yang terdapat dalam cerpen tersebut dapat dilihat dalam infografik di bawah. 



  

Khamis, 20 September 2018

Refleksi Kuliah Minggu 2


Assalamualaikum dan salam sejantera.

Pada hari Rabu bersamaan 19 September 2018, pelajar HMT411 telah didedahkan dengan makna sebenar “PENYELIDIKAN”. Kuliah 2 ini dikelolakan oleh Dr. Norsofiah dari jam 12 tengah hari sehingga 3 petang. Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut, beliau telah mengadakan satu soalan kuiz atas talian untuk mengetahui tahap kefahaman para pelajar tentang makna “penyelidikan”. Menurut beliau, penyelidikan bermaksud ketidakpastian. Tambah beliau lagi, penyelidikan berlaku untuk membuktikan satu perkara apabila kita tidak pasti.

            Selain itu, beliau juga menerangkan tentang perbezaan antara kardah kuantitatif dengan kaedah kualitatif. Penerangan tentang kaedah kuantitatif dengan kaedah kualitatif membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kedua-dua kaedah tersebut.

            Akhir sekali, kami juga didedahkan dengan cara mencari tajuk dalam sesuatu artikel. Kami dibahagikan dalam kumpulan untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Kami diberikan satu artikel yang bertajuk “Lakuan Ilokusi Guru dalam Pengajaran Bahasa Melayu”. Kemudian, kami disuruh untuk mencari masalah, rumusan daripada sorotan kajian, kaedah kajian, dapatan kajian, objektif kajian dan kesimpulan dalam artikel tersebut. Kami diberikan masa 20 minit untuk berbincang dalam kumpulan dan menyempurnakan tugasan tersebut.

            Akhir kata, aktiviti dalam kuliah 2 telah memberi saya dan kawan-kawan banyak ilmu dan pengalaman kepada kami.

Sekian, terima kasih.


Bengkel Penulisan (16 September 2018)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya akan menyambung cerita saya tentang hari kedua bengkel penulisan. Pada hari kedua iaitu hari Ahad bersamaan 16 September 2018, bengkel penulisan ini pula dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Radiah. Beliau telah berkongsi banyak ilmu kepada kami.

Beliau telah mengajar kami tentang cara-cara menggunakan aplikasi Google Site. Dengan aplikasi Google Site, kami dapat mencipta satu padlet dengan mudah. Aplikasi Google Site juga dapat membantu kami untuk menjadi pelajar yang lebih kreatif. Aplikasi ini juga dapat membantu kami membuat tugasan dengan mudah.

Selain itu, beliau juga telah mengajar kami dalam membuat suntingan sesuatu teks. Kami diberi beberapa tugasan untuk membuat suntingan. Bagi saya, proses membuat suntingan sedikit susah kerana perlukan sumber yang betul dan tepat seperti sumber rujukan dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).

Secara ringkasnya, saya sangat berpuas hati dengan bengkel penulisan yang diadakan selama dua hari ini. Hal ini kerana banyak ilmu yang dikongsi oleh Dr. Norsofiah dan Dr. Radiah tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Setiap ilmu yang didedahkan oleh pensyarah amatlah berguna untuk saya aplikasikannya pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.




Selasa, 18 September 2018

BENGKEL PENULISAN (15 September 2018)


Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Pada hari Sabtu dan Ahad bersamaan 15 dan 16 September 2018 telah berlangsungnya bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Dr. Radiah dan Dr. Norsofiah di Makmal Bahasa 1. Bengkel ini berlangsung selama dua hari dari jam 9 pagi sehingga jam 5.30 petang.

Pada hari pertama, bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Norsofiah. Beliau telah mengajar tentang “Teknik Penulisan Efisyen Mendeley & Microsoft Word”. Pendedahan tentang cara menggunakan aplikasi Mendeley telah diajar oleh beliau. Aplikasi Mendeley bertujuan untuk memudahkan pelajar mendapatkan bahan bacaan ilmiah dari sumber yang betul sebagai rujukan seperti artikel. Beliau juga telah mengajar saya dan rakan-rakan langkah-langkah untuk  menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, aplikasi Mendeley juga memudahkan pelajar untuk membuat rujukan dengan mudah dan cepat.

Seterusnya, Dr. Norsofiah juga turut mengajar saya dan rakan-rakan cara membuat tugasan dengan mudah dan cepat menggunakan Microsoft Word. Beliau telah mengajar kami tentang cara membuat tugasan seperti esei dengan hanya menekan “create new style” untuk menulis tajuk, membuat abstrak, membuat jadual dan sebagainya dengan cara yang mudah dan cepat. Pada masa yang sama, dengan menekan “search navigation”, kami dapat mencari sesuatu tajuk atau perkataan dengan cepat. Hal ini dapat menjimatkan masa kami tanpa perlu mencari perkataan itu satu persatu.

Secara ringkasannya, saya amat berpuas hati dengan bengkel yang dikendalikan oleh Dr. Norsofiah kerana beliau mendedahkan pelbagai ilmu yang tidak pernah saya pelajari selama ini. Ilmu yang diajarkan oleh beliau sangat berguna untuk saya dan rakan-rakan praktikkannya dalam membuat tugasan dan untuk kemudian hari.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Rabu, 12 September 2018

Refleksi: Aktiviti Pengajaran- Pembelajaran Kuliah Pertama (12 September 2018)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

            Saya berbesar hati ingin menceritakan tentang kuliah yang pertama bagi kursus HMT411 yang berlangsung pada hari ini iaitu 12 September 2018 selama tiga jam. Para pengajar yang terlibat dalam kelas tersebut ialah Dr. Odi dan Dr. Norsofiah. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan semasa kelas itu berlangsung.

            Aktiviti yang pertama ialah kuiz. Soalan yang diberikan dalam kuiz tersebut adalah hasil daripada tajuk pertama yang diberikan semasa cuti iaitu ‘Pengenalan Diri’. Kuiz ini diadakan untuk memastikan para pelajar lebih peka tentang keadaan sekeliling dan orang lain. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjawab soalan kuiz tersebut menggunakan telefon pintar masing-masing. Kemudian, para pemenang dalam kuiz tersebut diberikan hadiah oleh Dr. Odi.

            Selain itu, aktiviti yang kedua ialah dalam kumpulan yang sama, kami diberitahu untuk melakukan satu temu bual. Dalam temu bual tersebut, terdapat subjek iaitu orang yang ditemu bual, dua orang pencatat dan satu orang yang merakam video. Aktiviti ini dilakukan bertujuan agar para pelajar dapat mengaplikasikan apa yang diajar oleh para pensyarah seperti adab dalam menemu bual. Contohnya, sebelum aktiviti temu bual dijalankan, orang yang ingin bertanya mestilah mendapat izin daripada subjek iaitu orang yang hendak ditemu bual.

            Aktiviti seterusnya ialah dalam kumpulan yang sama, kami diberitahu untuk membincangkan tentang satu artikel yang bertajuk ‘Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif’. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu maklumat yang tepat dan padat dalam bentuk infografik.  

            Akhir sekali, pensyarah turut menyatakan tentang perbandingan antara kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.

Sekian, terima kasih.

(Pelajar HMT411)

Refleksi: Rangka Kursus


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Pertama sekali saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya menulis blog pada hari ini iaitu 12 September 2018 yang bertajuk “Refleksi rangka kursus”.

Pada pendapat saya, rangka kursus bagi Teori dan Kaedah dalam Penyelidikan Linguistik yang diberikan oleh para pensyarah sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan kerana kami boleh mengetahui serba sedikit tentang sinopsis kursus, tujuan kursus, perancangan kursus dan hasil pembelajaran bagi kursus tersebut.

Selain itu, para pensyarah juga turut melakukan aktiviti sampingan dalam kelas Teori dan Kaedah dalam Penyelidikan Linguistik seperti kuiz dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat menarik minat para pelajar supaya tidak merasa bosan ketika pengajaran berlangsung.

Saya amat berpuas hati dengan aktiviti yang dilakukan oleh para pensyarah semasa kelas berlangsung selama tiga jam. Saya berharap agar saya dan rakan-rakan dapat menerapkan apa yang diajar oleh para pensyarah untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.
(Pelajar HMT411)