Assalamualaikum dan
salam sejahtera.
Entri
blog ini adalah tentang aktiviti kuliah yang dijalankan oleh para pelajar
HMT411 pada 17 Oktober 2018. Kuliah ini dikendalikan oleh Dr. Norsofiah selama
tiga jam. Dr. Norsofiah telah menerangkan tentang etika atau adab yang perlu
dilakukan oleh kami untuk membuat kajian kelak. Etika atau adab itu bermaksud
kami perlu menyediakan borang maklumat latar belakang dan borang kebenaran
subjek sebelum mendapatkan sesuatu data.
Selain
itu, beliau juga turut membincangkan lebih lanjut tentang tajuk kajian yang bakal
kami jalankan. Beliau juga telah membetulkan beberapa perkara yang tidak menepati
dengan tajuk kajian kami seperti kriteria yang perlu ada kaitan dengan borang
maklumat latar belakang subjek.
Beliau
juga telah menayangkan satu video kepada kami. Beliau menyuruh kami memerhati
video tersebut dan mencatat apa yang diperhatikan dalam video tersebut. Aktiviti
ini bertujuan untuk membantu pelajar mengaplikasikan dalam kajian yang akan dijalankan
nanti. Pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian penuh dan pemerhatian
dan peserta. Pemerhatian penuh bermaksud seseorang itu hanya memerhati
secara penuh manakala pemerhatian dan peserta bermaksud seseorang itu menjadi
peserta dan memeerhati secara senyap.
Seterusnya,
beliau telah menerangkan tentang pemboleh ubah. Pemboleh ubah bermaksud satu entiti yang berubah-ubah atau
mempunyai nilai yang berubah-ubah dari satu individu ke individu lain. Pemboleh
ubah terbahagi kepada dua iaitu pemboleh
ubah bersandar dan pemboleh ubah
tidak bersandar.
![]() |
Sumber: Google image |
Akhir
sekali, beliau juga menerangkan tentang hipotesis. Hipotesis bermaksud
pernyataan yang melibatkan pemboleh ubah dalam kajian. Hipotesis terbahagi
kepada dua iaitu:
1)
Hipotesis Nul (Ho): Menyatakan bahawa “tiada perkaitan” atau “tiada perbezaan”
antara jantina dan umur.
2)
Hipotesis alternatif: Menyatakan kecenderungan untuk mendapatkan hasil kajian
dengan membina pula hipotesis kajian.
Manakala aktiviti tutorial yang dijalankan pada hari
Khamis ialah pelajar dikehendaki melakukan ujian T-Test menggunakan perisian
SPSS. Ujian T- Test memerlukan data yang normal iaitu dengan melalui ujian normaliti.
Tujuan membuat ujian T-Test adalah untuk melihat sesuatu ujian itu bermakna
dengan nilai signifikan.
Sekian sahaja entri
saya pada hari ini. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan